Keinginan untuk menukar dari ekzos standard kepada single ekzos telah lama saya fikirkan. Sistem eksos standard motosikal cbx 750 memang dapat menghasilkan bunyi yang menarik tetapi sistem yang ada ini saya rasa sangat berat. Apalagi ekzos ini telah pun dicacatkan oleh asid bateri yang keluar dan terkena pada ekzos. Saya lihat banyak moto cbx yang mengalami nasib yang sama. Asid bateri ini mencacatkan rupa eksos dan kos untuk crome balik eksos ini memakan belanja yang agak besar.
Ramai yang mengatakan seandainya sistem ekzos ini diubah akan menyebabkan motosikal ini akan kehilangan kuasa. Ini menyebakan saya sedikit was-was untuk mengubah ekzos standard kepada single ekzos. Walaubagaimana pun sebagai seorang teknikal berkaitan enjin kenderaan saya berpendapat bahawa pendapat mengatakan bahawa enjin akan kehilangan kuasa apabila sistem ekzos ditukar tidak dapat saya terima. Selagi sistem ekzos tidak di sekat atau diganggu tiada sebab untuk injin akan kehilangan kuasa malah seandai dibuat dengan betul dan baik akan menambah baik lagi kuasa pada motosikal ini. Ini kerana laluan sisa pembakaran dalam sistem ekzos yang lancar akan memperbaiki lagi kelancaran enjin.
Dengan keyakinan yang ada dalam diri saya memulakan membuat sendiri sistem ekzos bagi motosikal cbx ini. Sistem yang saya akan buat ialah sistem 4 - 2 - 1. Ini bermakna saluran ekzos ini bermula dari 4 saluran kemudian akan bercantum kepada 2 saluran dan berakhir pada satu saluran iaitu pada tabung penyenyapnya.
Inilah rupa sistem ekzos 4 - 2 - 1.
Mula-mula saluran ekzos dipotong-potong dan di kimpal semula mengikut kedudukan yang dikehendaki. Untuk memastikan kedudukan saluran ekzos ini berada pada kedudukan yang tepat saluran ekzos ini perlu dipasang pada motosikal sebelum dikimpal. Seandainya ini tidak dikimpal pada motosikal ditakuti kedudukan saluran ini akan berubah dan sukar untuk dipasang apabila sudah siap nanti.
Sistem ekzos yang telah dipotong kemudian dipasang pada motosikal dan di kimpal.
Setelah di kimpal sedikit di motosikal kemudian di bukan dan barulah di kimpal sepenuhnya.
Untuk menyatukan sambungan dari 2 saluran menjadi 1 saluran saya menggunakan sambungan paip ekzos kereta. Sambungan ini boleh dibeli di kedai ekzos kereta.
Proses penyambungan sistem ekzos.
Tabung penyenyap yang saya gunakan ialah tabung motosikal Suzuki 750 standard, tabung ini saya beli daripada kawan.
Sistem ekzos yang selesai dikimpal.
Tabung Penyenyap Suzuki 750 standard.
Setelah selesai penyambungan dibuat, bahagian yang di kimpal di ratakan menggunakan grinder untuk mendapat permukaan yang cantik. Seterusnya ekzos ini digosok dengan berus keluli untuk menanggalkan karat yang terdapat pada ekzos ini. Kemudian bahagian ini di sembur dengan menggunakan cat tahan panas. Cat biasa tidak boleh diggunakan kerana cat biasa tidak tahan pada kepanasan. Sekiranya menggunakan cat biasa ianya
akan hilang apabila ekzos menjadi panas.
Sistem ekzos yang selesai gosok dan di cat dengan cat tahan panas.
Apabila sudah siap dipasang pada motosikal saya mendapati bunyi yang dihasilkan sangat senyap dan tidak garang. Ini adalah kerana tabung penyenyap suzuki yang saya gunakan adalah tabung standard mengikut piawaian alam sekitar. Untuk membuka dan mgnggantikan bahagian penapis dalam tabung ini adalah mustahil kerana ianya telah dikimpal mati. Sekiranya hendak dipotong akan mencacatkan rupa tabung ini. Satu jalan yang boleh saya lakukan ialah dengan menggunakan batang besi dan saya jolok dari muncung tabung untuk membuat lubang terus. Apabila lubang dapat dihasilkan dari muncung hingga ke pangkal barulah eksos ini dapat menghasilkan bunyi yang sedikit kuat dan garang. Walau pun bunyi yang terhasil sedikit kuat tapi tak sampai memekakkan telinga.....kiranya secukup rasa....hehehe
Setelah semuanya selesai perkara yang paling penting ialah menguji kuasa motosikal ini. Setelah menguji dilitar saya mendapati kuasa yang terhasil adalah lebih baik dari menggunakan eksos standard. Ini membuktikan bahawa pendapat mengatakan kuasa akan hilang apabila menukar ekzos adalah tidak benar.
Begitulah serba ringkas proses tranformasi motosikal cbx 750 dari double ekzos kepada single ekzos. Kepada mereka yang ingin mengubah seperti yang saya buat mungkin artikal ini dapat membantu dalam kerja-kerja ubahsuai tersebut.
Sekian........yang penting berhati-hati di jalanraya. Memandu laju berpada-pada dan kaji tempat sebelum memecut. Boleh memecut laju tapi fikirkan keselamatan.........selamat menunggang.