TRANFORMASI
MOTOSIKAL HONDA CBX 750P KEPADA STREETFIGHTER
Motosikal
ini asalnya adalah motosikal Pasukan Polis Diraja Malaysia yang digunakan oleh
Polis Diraja Malaysia untuk membuat latihan dalam kursus menunggang motosikal
berat kepada anggota Polis Diraja Malaysia. Motosikal ini ditempatkan dan di
gunakan di Maktab Teknik PDRM, Bakri Muar, Johor. Motosikal ini digunakan
secara terus menerus bermula semenjak tahun 1997 sehinggalah tahun 2012.
Setelah
penggunaan motosikal ini sampai pada tahapnya ianya pun dilelong kepada orang
awam. Pada bulan Disember 2012 sebuah syarikat di Bakri Muar telah berjaya
membida untuk membeli kesemua motosikal ini. Kemudian seorang kawan saya telah
membeli motosikal ini dari syarikat tersebut dan membaikinya. Segala urusan
berkaitan dokumentasi telah dibuat di JPJ Muar, Johor.
Pada bulan
Mac 2013 saya telah membeli motosikal ini dan keadaan motosikal ini dalam
keadaan asal cuma tiada tong kiri dan kanan sahaja kerana telah pecah.
Lain-lain yang tiada ialah bacon light dan juga siren. Saya memang tidak
memerlukan semua itu kerana saya bercita-cita untuk mengubah motosikal polis
ini kepada sebuah motosikal naked ataupun streetfighter.
Motosikal
Honda CBX 750p ini saya minati kerana ianya sebuah motosikal yang betul-betul tahan
lasak dan kuat. Walaupun telah digunakan selama 16 tahun tetapi nampak masih
berkuasa dan mampu bekerja dengan keras. Walau bagaimanapun kuda tua ini tetap
memerlukan pembaikan dan penyaraan supaya ianya dapat berfungsi dengan
sempurna.
Inilah
gambar motosikal yang baru saya beli dan masih belum menjalani pengubahsuaian.
Dari
luarannya Nampak sempurna tapi saya pasti dibahagian dalamannya memerlukan
banyak pembaikkan.
Merombak.
Tindakan
pertama yang perlu dilakukan ialah merombak dan membuka semua bahagian
motosikal supaya mudah untuk saya mengecat frame atau bingkai motosikal ini
yang berwarna putih kepada warna hitam kusam atau flat black. Selepas kerja
merombak motosikal ini dicuci terlebih dahulu. Kerja mencuci ini bukan mudah
kerana terdapat banyak kotoran yang melekat di celah-celah bahagian motor yang
sempit. Terdapat juga banyak kesan minyak yang terdapat pada injin motosikal
ini kerana terdapat kebocoran minyak di bahagian injin.
Mengecat Bingkai Motosikal.
Selepas
kerja mencuci selesai bingkai motor di cat dengan menggunakan warna
hitam kusam ataupun flat black. Bahagian enjin motosikal juga di cat
dengan warna yang sama. Semua bahagian yang berwarna putih asal ditukar kepada warna hitam.
Pendawaian.
Dalam masa yang sama pendawaian motosikal ini di balut semula dengan menggunakan tape hitam. Kotak penyambungan pendawaian di bahagian depan yang terletak di bawah lampu besar di buang dan keseluruhannya di balut dengan menggunakan tape hitam.
Ada sedikit masalah berkaitan dengan sistem pendawaian dimana beberapa peralatan seperti lampu brek tidak menyala, lampu signal ada yang tidak menyala dan tidak berkelip. Hon motosikal ini juga berbunyi perlahan. Disebabkan masalah itu beberapa bahagian perlu di rombak dan dicuci kerana banyak bahagian yang telah pun berkarat seperti beberapa suis tidak berfungsi. Suis brek depan dan belakang dirombak dan dicuci. Flasher unit ditukar baru sementara hon perlu dilaras semula supaya menghasilkan bunyi yang lebih kuat.
Suis lampu brek belakang.
Flasher unit yang lama dan tidak berfungsi.
Handle.
Handle yang
digunakan ialah handle yang digunakan oleh motosikal scrembler. Dengan
menggunakan handle jenis ini akan menyebabkan kedudukan sedikit rendah
berbanding dengan handle asal.
Trottle Grip.
Trottle grip
yang terdapat dipasaran terlalu banyak dan ada pelbagai corak dan warna. Boleh
jadi rambang mata dibuatnya dan tak tahu mana satu nak di pilih. Akhirnya saya
memilih trottle grip yang biasa dan murah sahaja tetapi nampak cantik juga.
Cermin Pandang Belakang.
Sama juga
dengan trottle grip terdapat banyak jenis cermin yang terdapat di pasaran dan
saya jadi rambang mata untuk memilih yang sesuai untuk motosikal ini. Semuanya
nampak cantik tapi saya pilih yang berwarna merah kerana sesuai tengan tema
motosikal ini iaitu hitam merah.
Absober Belakang.
Absober
belakang yang telah gosok untuk menghilangkan kekaratan dan kemudiannya dicat
dengan warna candy red. Untuk menampakkan lebih tinggi saya telah menambah
extention pada absorber tersebut.
Pedal Belakang.
Bahagian
tempat letak pemijak belakang ini di cat dengan warna candy red dan pedalnya
menggunakan pedal untuk motor scrembler.
Eksos.
Eksos
motosikal ini terdapat sedikit kesan calar kerana mungkin motosikal ini pernah
mengalami kemalangan kecil tetapi yang paling teruk ialah kesan hakisan yang
disebabkan oleh terkena asid bateri. Kesan ini kelihatan hodoh, oleh yang
demikian saya menanggalkan eksos ini untuk di bersihkan dari kesan karat dan
membuat penutup pada bahagian eksos untuk melindungi bahagian yang terhakis
ini. Kesan hakisan ini sebenarnya tidak boleh hilang walaupun di gosok dan
hanya boleh hilang hanya jika di hantar crome tetapi kosnya terlalu tinggi. Pada bahagian lubang eksos saya memasang penutup supaya nampak lebih kemas dan bersih.
Tayar.
Seterusnya
tayar belakang ditukar baru kerana tayar lama telah tiada bunga. Saiz tayar
adalah standard dan tidak boleh ditukar dengan tayar lebih besar kerana akan
sangkut di bahagian kiri dan kanan.
Lampu hadapan.
Pada asalnya
yang ingin memasang dua lampu bulat sebagai lampu besar dan lampu spotlight kereta
sebanyak 2 biji telah pun di beli tetapi bentuk dan saiz lampu tersebut tidak
memuaskan hati saya dan agak sukar untuk membuat kaki bagi meletakkan lampu
tersebut. Saya kemudian pergi kekedai motosikal semula dan melihat-lihat lampu
yang sesuai untuk motosikal ini. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk
menggunakan lampu besar motosikal Suzuki Belang 150 kerana ianya lebih mudah
untuk dipasang. Dengan hanya menggunakan dua keping plate di kiri dan kanan dan
sekeping di bahagian bawah lampu ini dapat di pasang. Lampu ini menggunakan 2
lampu ternyata cukup terang dan lebih selamat sekiranya salah satu lampu
terbakar masih ada satu lampu lagi yang boleh digunakan.
Lampu Plate Belakang.
Lampu plate
belakang tidak menimbulkan banyak masalah kerana lampu plate belakang asal
ternyata cantik dan masih berfungsi dengan baik, dengan itu saya mengekalkan
lampu belakang tetapi membuang beberapa banagian yang tidak diperlukan supaya
nampak lebih ringkas dan kemas.
Tangki Dan Cover.
Tangki, side
cover, mud guard depan dan back cover saya cat warna hitam. Kemudian saya buat
tulisan Streetfighter dengan menggunakan mesin CNC di atas kepingan aluminium.
Tulisan tersebut saya cat warna merah candy(candy red) dan tampal dengan
menggunakan double sided tape.
Tempat duduk
belakang saya gunakan kotak yang lama cuma di letakkan span dan di balut dengan
cantik. Sementara tempat duduk penunggang saya potong sedikit dan kemudian diganti
pembalutnya. Kos membuat kusion ini dan tempat duduk penunggang hanyalah RM60
sahaja. Lampu belakang masih menggunakan lampu asal.
Walaupun telah siap saya masih tidak puashati kerana bahagian
belakang motosikal ini nampak tidak begitu cantik, jadi saya mengambil
keputusan menukar bahagian belakang dengan motosikal CB400. Saya pergi ke Batu
Pahat di mana ada kedai menjual barangan motosikal second hand untuk membeli
bahagian belakang CB400 yang terdiri dari tempat duduk, cover belakang dan
lampu belakang dengan harga RM450. Banyak juga masa dan pemikiran yang
digunakan untuk mengubahsuai barangan CB400 ini kepada motosikal tetapi
akhirnya berjaya juga di pasang dan ianya nampak cantik.
Lampu signal.
Lampu signal
hadapan tiada masalah kerana ianya sekali dengan lampu besar sementara lampu
signal belakang saya beli lampu yang lebih kecil dan menggunakan led.
Pendawaian dan pemasangan lampu signal ini adalah amat mudah.
Brek.
Disebabkan
ini adalah motosikal lama sudah tentulah bendalir brek sudah lama tidak
ditukar. jadi saya menukar bendalir brek kepada yang baru. Menggunakan cecair
brek Dot 4 bleeding juga dilakukan supaya brek dapat bekerja dengan sempurna.
Alang-alang buat brek, untuk sistem klac juga menggunakan sistem yang sama jadi
bagi klac juga saya tukar bendalir yang baru dan terus buat bleeding.
Brek dan
klac lever juga ditukar baru dimana lever ini boleh dilaras kepanjangannya,
jarak dan boleh dibengkokkan. Ini bermakna sekiranya motosikal tombang lever
ini tidak akan patah. Adjustable lever untuk CBX sebenarnya tiada dijual jadi
pengubahsuaian perlu dilakukan dengan membuat extension bagi menyesuaikan lever
ini dengan CBX.
Lever boleh dipanjang atau dipendekkan.
Jauh dekat juga boleh dilaras.
Lever boleh dikepak supaya tidak patah jika motor tumbang.
Brek
belakang juga di tukar dengan yang baru dan dilaras semula mengikut kesesuaian.
Crash Protector.
Alat ini
saya buat sendiri dengan menggunakan nylon. Didalamnya terdapat spring yang
mampu menahan hentakkan sekiranya motosikal ini tumbang. Sebenarnya banyak
dijual alat ini di kedai tetapi tidak mempunyai spring. Oleh itu saya buat
sendiri dengan menggunakan mesin.
Pedal Assembly.
Pedal
assembly bagi CBX adalah sangat simple jadi saya buat sendiri pedal yang lebih
menarik. Dengan membeli pedal assembly yang terdapat dipasaran dan saya
gabungkan beberapa bahagian supaya nampak lebih menarik. Sebenarnya bukanlah
satu kerja yang mudah untuk membuat assembly ini. Penggunaan mesin CNC
sepenuhnya dalam pembinaan alatan ini. Banyak masa diperuntukkan untuk membuat
sesuatu yang baru ini. Walau bagaimana pun hasilnya sangat memuaskan hati.
Pedal assembly asal.
Fork Seals.
Fork
motosikal ini telah bocor dan minyak meleleh keluar di kedua-dua bahagian. Oleh
yang demikian seals nya perlu ditukar untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk
mendapatkan alat ganti untuk fork ini tidaklah sukar kerana banyak kedai yang
ada menjualnya dan tak perlu di import dari negara jiran seperti yang di
war-warkan. Ini kerana telah ramai orang yang menggunakan motosikal ini oleh
sebab itu alatgantinya mudah didapati.
Seals yang telah reput dan bocor.
Seals yang sudah diganti baru.
Enjin.
Bagi sebuah
motosikal yang telah berusia belasan tahun sudah tentulah enjinnya terdapat
masalah oleh yang demikian pembaikan di bahagian enjin adalah sangat penting.
Saya tidak mahu motosikal ini nampak cantik tetapi enjinnya bermasalah. Apabila
saya membeli motosikal ini saya dapat rasakan yang motosikal ini tidak sempurna
injinnya kerana kedengarannya tidak sedap dan terdapat asap putih yang keluar
dari eksos. Ini bermakna terdapat kebocoran minyak pelincir ke dalam sistem
pembakaran enjin.
Perkara-perkara
yang di baiki bagi motosikal ini ialah:-
1. Menukar
valve seals kerana telah longgar dan minyak pelincir boleh masuk ke ruang
pembakaran. Kesemua valve seals ialah sebanyak 16 pcs.
2. Head
gasket di tukar kerana ada sedikit kebocoran dan terdapat minyak yg keluar pada
selinder blok.
3. Penukaran
Clutch plate dan pressure plate kerana telah haus.
4. Merombak
dan mencuci keseluruhan kaburator kerana terdapat mendakan dan kotoran di dalam
kaburator dan tidak boleh di laras. Sebelum di cuci kerap berlaku enjin jalan 3
piston sahaja dan kelajuan injin tidak sekata.
Fork Cover.
Perkara
terakhir yang dipasang pada motosikal ini ialah fork cover. Pemasangan fork
cover ini ialah untuk melindungi fork dari kotoran, pasir debu dan sebagainya.
Ia juga untuk nampak lebih cantik dan bergaya. Fork cover ini ialah untuk
motosikal scrembler yang diubahsuai dan diletak stiker jenama Acerbis.
Perkara-Perkara lain yang telah di
baikpulih.
1. Kabel
trottle – CBX menggunakan 2 kabel trottle dan salah satunya telah patah dan sebahagian
disebelah dalam kabelnya ada yang putus. Perlu di tukar supaya trottle dapat
dipulas dengan selesa.
2. Spark
Plug – kesemua keempat-empat spark plug di tukar baru mengikut spec yang
diberikan.
Spark plug NGK R DPR9EA9
3. O-ring
pada deep stick – getah bulat ini telah menjadi leper dan bila disengetkan
motor akan ada minyak yang keluar walaupun telah di ikat dengan kuat. Getah ini
perlu ditukar untuk mengelakkan minyak keluar melalui deep stick ini.
Begitulah
lebih kurang proses tranformasi yang dilakukan untuk mengubah sebuah motosikal
CBX750p yang digunakan oleh PDRM kepada sebuah motosikal naked atau
streetfighter. Sesungguhnya banyak tenaga, masa dan wang ringgit yang
dicurahkan demi membina semula motosikal ini. Masa yang di ambil untuk
tranformasi ini ialah lebih kurang 2 bulan lebih. Kos yang diperuntukkan untuk
motosikal ini adalah dianggarkan mencecah RM4+++. Ini boleh dikira murah kerana
kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan sendiri, seandainya dilakukan di kedai
ianya jauh lebih mahal.
Akhirnya
inilah rupa terkini Honda CBX 750p setelah melalui pengubahsuaian.
Rupa asal CBX 750p
Rupa selepas pengubahsuaian.
Pada dasar motosikal ini telah pun siap tetapi saya belum betul-betul puas hati dengan motosikal ini
sekarang. Ada lagi yang perlu diubahsuai seperti meter kelajuan dan rpm. Saya dalam proses mencari meter yang lebih kecil. Meter yang ada sekarang nampak terjojol dan terlalu besar.
Dimasa akan datang mungkin ada lagi pengubahsuaian bergantung kepada kelapangan masa dan kewangan.
Sementara itu ....mari kita ride.....lalalala........
Hi Zaaba,
BalasPadamSaya pun ingin modify cbx750 jadi sebuah cafe-racer. Tetapi agak susah nak cari cbx750. Dan yang ada terlalu mahal. Kalau zaaba tahu tempat yang mempunyai motor cb550, cb650, cb750, cbx750 yang lama tolong beritahu saya.
Terima kasih
Justin.
Hi Zaaba, says pun ingin cari, tapi nak bermula dari mana. Tolong ajarkan...tksh
BalasPadamAssalam tuan. Jumlah bajet semus ini berapa. Saya berminat sgt vbx 750 . Nak cari ..jika sesuai harga bolih runding
BalasPadamYang dah siap ada.... custom naked.. minat wassap saya 0163154489... jarang guna...
PadamBerminat dan mencari cbx750
BalasPadamSila pm saya di hp 0197193518
Tq
Clutch plate dan pressure plate berapa rega Tuan
BalasPadamValve clearance bape kosnya
BalasPadamBuruk cibai
BalasPadam