Selepas cukup setahun saya memiliki motosikal ini ada lagi beberapa pengubahsuaian yang saya lakukan keatas motosikal ini. Seperti mana yang telah saya janjikan, saya akan menulis dan memperlihatkan kepada anda apakah pengubahsuaian tersebut. Sebenarnya kerja mengubah suai bukan perkara yang mudah dan sudah tentunya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian pengubahsuaian ini saya lakukan secara berperingkat-peringakt mengikut kelapangan masa dan kedudukan kewangan. Jangan sampai motor punya pasal dapur tak berasap...hehehehe.
Apabila sesuatu pengubahsuai dilakukan akan timbul tanda tanya.....adakah yang dilakukan itu sesuai. Disebabkan namanya pengubahsuai sepatutnya ianya mestilah sesuai dengan keadaan motosikal dan selesa dengan tunggangannya nanti. Ada pengubahsuaian yang dilakukan tapi tak sesuai dengan motor. Kadang-kadang nampak cantik tapi tak selari dengan keselamatan dan banyak aspek-aspek lain yang perlu di ambil kira dalam kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. Sebab itu kadang-kadang kerja pengubahsuai memerlukan masa dan perlu dilakukan beberapa kali sehinggalah ianya memuaskan hati dan selamat. Itu yang penting.
Bailkah cuba kita lihat apakah pengubahsuai yang telah saya lakukan.....
Meter Digital.
Seperti mana yang telah saya janjikan yang saya akan menukar meter yang terjojol keluar ini dengan meter digital. Saya telah membeli sebuah meter digital jenis Koso dengan harga RM 500. Terdapat banyak fungsi pada meter ini seperti rpm, kelajuan(kmh/mph), volt meter, jam, suhu injin dan suhu persekitaran. Meter ini juga boleh disetkan supaya memberikan lampu amaran apabila mencapai sesuatu kelajuan dan beberapa lagi setting yang saya tak berapa faham. Meter ini juga akan menyimpan data seperti rpm paling tinggi, kelajuan dan suhu yang tertinggi. Meter ini juga mempunyai level minyak tetapi sebabkan CBX tidak mempunyai alat untuk menyukat bahanapi maka bahagian ini tidak berfungsi. Pendawaian adalah satu perkara yang perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana banyak input baru untuk meter ini seperti sensor untuk kelajuan yang perlu dipasang pada roda hadapan, sensor untuk suhu dan sebagainya.
Meter ini kecil sahaja...oleh yang demikian satu plate perlu dibuat untuk meletakkan meter ini. Sementara itu disebabkan penal lama telah dibuang maka lampu untuk signal, oil, nuteral gear, lampu tinggi dan overdrive telah tiada. Jadi saya membeli beberapa biji lampu kecil yang saya letakkan pada plate ini bagi menggantikan lampu yang lama. Plate yang diperbuat daripada kepingan aluminium ini saya balutkan dengan stiker carbon supaya nampak lebih kemas dan cantik.
Apabila menggunakan meter kecil ini barulah saya dapat merendahkan lagi lampu hadapan.
Lampu gear indicator.
Untuk makluman anda semua, sebenarnya CBX 750 ini mempunyai sensor untuk gear 1 hingga 6. Ianya telah ada siap dengan pendawaian tetapi tidak di sambung kepada lampu sebagai indicator yang akan memberitahu penunggang gear-gear motosikal ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyambung wayar-wayar ini kepada lampu kecil dan letakkan pada panel supaya penunggang tahu dalam kedudukan gear berapa. Jadi saya telah membuat penyambungan gear indicator ini kepada lampu kecil dengan warna yang berbeza untuk memberitahu penunggang kedudukan gear. Jadi bila menunggang kita tahu samada kita menunggang dalam gear berapa. Saya juga letakkan nombor bagi setiap lampu tersebut.
Connection wire daripada gear yang perlu diambil untuk disambungkan kepada lampu sebagai gear indicator.
Setiap satu terminal mewakili satu gear termasuk netural atau free gear.
Lampu gear mengikut turutan....hijau ialah free disebelahnya gear 1 dan yang terakhir berwarna merah ialah gear 6.
Speed sensor dipasang pada fork hadapan.
Sensor suhu injin.
Fork Brace.
Disebabkan kedudukan motosikal ini direndahkan dibahagian hadapan maka ruang diantara fork brace dengan tengkuk motosikal ini menjadi sempit. Apabila membrek dengan kuat fork brace ini boleh terkena pada bahagian tengkuk. Dalam keadaan biasa pun kalau kita tak jaga tekanan angin dalam fork akan menyebabkan fork kita akan menjadi lembut dan apabila membrek fork brace boleh terkena pada tengkuk dan boleh pecah. Bagi mendapatkan ruang yang lebih besar saya membuat fork brace baru dengan menggunakan kepingan aluminium. Fork brace buat sendiri ini lebih tipis berbanding yang lama jadi tidak lagi menghadapi masalah fork brace terkena tengkuk motosikal.
Fork Brace asal yang lebih tebal.
Fork Brace baru yang lebih nipis dan lebih kuat.
Suis lampu.
Kita sedia maklum yang Honda CBX750P terdapat banyak suis yang digunakan untuk menyalakan lampu amaran, siren dan sebagainya. Apabila semua benda itu tak lagi ujud maka banyak suis yang tidak digunakan. Oleh yang demikian saya menggunakan suis-suis tersebut untuk menyalakan beberapa lampu tambahan pada bahagian hadapan. Disebabkan lampu signal saya pasang yang baru maka signal pada lampu hadapan saya nyalakan menggunakan suis yang ada. Beberapa lampu tambahan juga saya gunakan suis yang tidak digunakan tersebut. Oleh itu setiap suis ada ada fungsinya.
Suis sebelah kanan.
Setiap lampu yang mempunyai suisnya yang tersendiri. Pilihan ditangan penunggang.
Selain dari apa yang telah saya paparkan di atas ada beberapa lagi pengubahsuaian kecil yang saya lakukan pada motosikal ini. Ubahsuai lain ialah seat, saya memotong sedikit seat bahagian hadapan supaya lebih rendah dah nampak shapenya. Kemudian hantar kekedai membuat sarung kusyen untuk membuat sarung yang baru. Saya memilih fabrik yang ada bintik-bintik supaya nampak lebih cantik.
Tempat pemijak belakan juga saya tukar yang lain kerana yang lama mudah karat dan meninggalkan kesan karat yang tidak cantik. Jadi saya menukar tempat pemijak belakang yang diperbuat daripada aluminium keseluruhannya supaya tidak karat.
Begitulah serba sedikit beberapa pengubahsuaian yang saya lakukan kepada motosikal Honda CBX 760P ini. Rasa-rasanya dah tak banyak lagi yang boleh di ubahsuai kepada motosikal ini kecuali bebarapa perkara seperti mengecat semula selain penjagaan dan menukar beberapa komponen lama untuk meningkatkan prestasinya.
Mungkin ada cadangan dari para pembaca dan juga peminat motosikal yang sama...oleh yang demikian jangan lah malu dan segan untuk memberikan komen dan juga cadangan positif yang membina kepada saya atau siapa sahaja yang membaca blog ini.
Sehingga di lain masa selamat menunggang.......